Perbezaan Rumah Rakit dan Kelong.
Rumah Rakit
Rumah rakit mengikut pemahaman umum adalah struktur seperti rumah kelong cuma perbezaannya hanyalah menggunakan tong air yang boleh terapung, yang senantiasa mengikut pergerakan pasang surut air laut atau sungai. Dan bagi memastikan rumah rakit ini tidak bergerak, ia diikat kuat dengan tiang di dalam air atau direntang sehingga ke tebing sungai.
Kelong
Kelong ialah sejenis binaan luar pesisir yang diperbuat daripada bahan kayu, dan boleh dijumpai diperairan Malaysia, Filipina dan Indonesia, di samping sebilangan kecil yang masih wujud sekitar Singapura kesan pembandaran pesat.
Kelong dibina oleh nelayan terutamanya untuk tujuan perikanan, namun adanya kelong besar yang dijadikan tempat tinggal untuk keluarga nelayan. Kelong dibina tanpa perlunya paku, sebaliknya rotan digunakan untuk mengikat kayu balak dan papan yang menjafi bahan binaan. Kelong biasanya ditemui di perairan cetek, dilabuhkan pada dasar laut sedalam enam meter dengan cerucuk kayu sepanjang 20 meter. Sesetengah kelong tidaklah terpencil sangat kerana dihubungkan dengan darat melalui laluan papan. Ada juga jenis kelong bergerak, dan juga kelompok besar kelong yang membentuk komuniti luar pesisir yang besar.
(sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelong)
Dilaman web ini, penulis akan bercerita mengenai pengalaman penulis sebagai pemancing rumah rakit dan kelong disamping perkongsian pemancing lain.